Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Kunjungan Yang di-Pertuan Agong Dinantikan Rakyat Melaka

By 28 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / foto: M Zakry Chan

MELAKA, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-15, Sultan Muhammad V, sempena lawatan ke Negeri Melaka pada 2 hingga 4 Mac ini amat besar ertinya buat rakyat negeri ini kerana sebagai menjejak liku sejarah negara berdaulat ini, di sini bermula Empayar Kesultanan Melayu Melaka.

Menurut Nazarudin Zainal, 53, sebagai rakyat Negeri Melaka sudah pasti dia berasa bangga dengan keberangkatan Sultan Muhammad V ke bumi bertuah ini.

“Perwatakan Tuanku yang mesra rakyat dan mudah didekati akan disambut dengan meriah oleh rakyat jelata. Saya bersama keluarga akan berada di setiap lokasi program-program yang telah dirancang untuk bermesra bersama tuanku,” ujarnya teruja.

Nazarudin Zainal sekeluarga tidak sabar tunggu keberangkatan Sultan Muhammad V ke negeri Melaka.

Manakala, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang sedang menjalani latihan industri di Ibu Pejabat Penerangan Melaka, Nor Hayati Yusof, 23, berkata sememangnya kehadiran Sultan Muhammad V amat dinantikan seluruh rakyat Negeri Melaka.

“Ini julung kalinya lawatan baginda ke Melaka selepas menjadi YDPA ke-15. Saya dimaklumkan bahawa lawatan baginda ke Melaka selama tiga hari ini dipenuhi program bersama rakyat,” kata pelajar Ijazah Pengurusan Rekod itu.

Nor Hayati, pelajar Ijazah Pengurusan Rekod UiTM Shah Alam.

Atur cara hari pertama Keberangkatan YDPA Sultan Muhammad V ke Melaka bermula dengan Taklimat Pembangunan Negeri Melaka, seterusnya Perasmian Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Tun Mohd Khalil Yaakob, Tanjung Minyak, Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bertempat di Masjid Kampung Hulu.

Seterusnya, pada hari kedua akan diadakan Majlis Perasmian Masjid Al-Muhajirin Kompleks Penjara Sungai Udang dan Program Menyusuri Sungai Melaka.

Pada hari terakhir, Sultan Muhammad V akan membuat lawatan ke Kompleks Al-Hasanah, Sungai Rambai.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda