Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

RM4.1Juta Bina RMR1M Di Pasir Puteh

By 4 Mac 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto : Nur Shafira Mat Hussin / Ruslan Abd Rahman (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 4 Mac (Malaysiaaktif) – 129 penerima Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di Pasir Puteh hari ini menerima Sijil Kelayakan Subdisi Pembinaan daripada pihak Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) melalui anak syarikatnya, Mesra Sdn Bhd (MESRA).

Berdasarkan statistik permohonan dari tahun 2002 sehingga 28 Februari tahun ini sebanyak 86, 327 permohonan telah diterima dengan 46, 580 unit telah diluluskan.

Datuk Haji Zawawi Haji Othman (dua dari kiri) menyampaikan sijil kepada penerima RMR1M di Pasir Puteh

Datuk Haji Zawawi Haji Othman (dua dari kiri) menyampaikan sijil kepada penerima RMR1M di Pasir Puteh

Merangkumi 37, 315 unit yang telah disiapkan, 7, 632 unit masih dalam proses pembinaan dan 1, 642 dalam peringkat dokumen perjanjian.

Dalam majlis ini, 129 pemohon yang layak telah menerima Sijil Kelayakan Subsidi Pembinaan berjumlah RM20, 000 dan 2% subsidi kaedah pinjaman berjumlah RM11, 840 menjadikan keseluruhan subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM4.1 juta.

Pengerusi SPNB Mesra, Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin berkata di Pasir Puteh sebanyak 1,191 permohonan telah diterima, 762 permohonan telah diluluskan dan merangkumi pecahan 559 unit rumah telah siap dibina, 196 sedang dalam pembinaan dan 7 dalam peringkat dokumen perjanjian.

“RMR1M ini berkeluasan 1, 000 kaki persegi, dibina dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Kelebihan rumah ini juga adalah ia tidak memerlukan wang pendahuluan mahupun bayaran kemajuan bahkan harga adalah termasuk yuran guaman dan insurans”

“Orang ramai yang ingin mengetahui syarat-syarat dan cara untuk memohon RMR1M ini boleh mendapatkan borang di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau melalui laman sesawang www.spnbmesra.com.my,” ujarnya lagi.

Sementara itu, seorang tukang kebun, Raja Omar Raja Ibrahim, 46, bersyukur kerana menjadi salah seorang diantara 129 penerima RMR1M ini setelah dua tahun memohon untuk memiliki rumah berkenaan. R

Setelah 22 tahun menanti keduaman sendiri, akhirnya menjadu kenyataan dengan RMR1M - Raja Omar Raja Ibrahim

Setelah 22 tahun menanti keduaman sendiri, akhirnya menjadu kenyataan dengan RMR1M – Raja Omar Raja Ibrahim

“Selama 22 tahun saya mendirikan rumah tangga dan memiliki seramai 4 orang anak, saya hanya mampu menyewa rumah murah memandangkan tidak mampu membina rumah sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi penerima RMR1M, Nik Nashiela Nik Abdul Rahman, 30, turut melahirkan kesyukuran dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan program RMR1M ini.

“Bagi pasangan muda dan berkeluarga seperti saya, untuk memiliki rumah sendiri adalah agak mustahil berikutan mata pencarian keluarga hanya bergantung pada suami yang bekerja sebagai buruh,” katanya.

Majlis Penyerahan Sijil Kelayakan Subsidi dan Inden Kerja RMR1M Peringkat Parlimen Pasir Puteh ini dirasmikan oleh ADUN Semerak, Datuk Haji Zawawi Haji Othman.

Dalam ucapannya, beliau turut menggalakkan lebih ramai golongan berpendapatan rendah memohon untuk memilik RMR1M ini kerana lebih murah dan hanya perlu membayar RM270 sebulan selama 25 tahun.

-SH

 

Tinggalkan komen anda