Skip to main content
Berita TempatanHomeKedahPutrajaya

Pameran LIMA 2017 Dibuka Secara Rasmi

By 21 Mac 2017Mac 22nd, 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto  Syed Hisham Shah / Hafiz Itam (Putrajaya)

LANGKAWI, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Biarpun belum dibuka kepada umum, Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 bermula secara rasmi hari ini.

Pameran LIMA kali ini dijadualkan berlangsung hingga 25 Mac (Sabtu) dan akan dibuka kepada umum mulai Jumaat ini.

Najib (kanan), mengunjungi tapak pameran di MIEC sempena LIMA'17

Najib (kanan), mengunjungi tapak pameran di MIEC sempena LIMA’17

Setakat ini hanya tetamu jemputan, pempamer, pemain industri dan anggota delegasi dibenarkan masuk ke pameran udara dan maritim yang ketiga terbesar di dunia ini.

Pada perasmian tadi, pameran statik dan pertunjukan aerobatik pesawat antara yang dipertunjukkan.

Antara yang menarik perhatian adalah persembahan menarik Black Eagles dengan sembilan unit KAI T-50B, dari Korea Selatan. Selain Korea Selatan, turut membuat persembahan termasuk Indonesia dan Rusia.

Antara aset yang dipamerkan sempena LIMA kali ini

Antara aset yang dipamerkan sempena LIMA kali ini

Pastinya yang menjadi tarikan sempena LIMA’17 kali ini adalah aset-aset yang dipamerkan oleh negara-negara terlibat antaranya pesawat Rafale dari Perancis, Gripen 38C/D (Thailand), B-1B (Fly Past) dari Amerika Syarikat, dan SU-30 MKM dari Malaysia sendiri.

Majlis perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), di sini, siang tadi.

Sebanyak 36 negara terlibat dalam LIMA kali ini dengan 10 negara baru antaranya Austria, Brunei, Estonia, Hong Kong dan Ukraine.

-SH

Tinggalkan komen anda