Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

TITP Bolos Pemandu Teksi Daripada Sistem Pajak

By 1 April 2017April 2nd, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / foto oleh : Norfarhana Mohd Zainal Abidin (Petaling)

PETALING, 1 April (Malaysiaaktif ) – “Dengan memberikan individu-individu ini peluang untuk keluar daripada sistem pajak, diharap akan melahirkan generasi usahawan teksi yang berkemampuan untuk membuat pilihan yang bijak supaya lebih berdaya saing”.”

Demikian kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar semasa majlis penyampaian Surat Tawaran Kelulusan (STK) kepada pemandu teksi yang layak dan telah menamatkan tempoh kontrak pajakan.

“Pada masa kini, industri sedang berhadapan dengan kemajuan teknologi terkini di mana industri pengangkutan awam khususnya teksi perlu menyesuaikan diri dengan peredaran semasa,” tambah Tan Sri Syed Hamid.

WhatsApp Image 2017-03-31 at 7.11.56 PM

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar semasa sidang media Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan (STK) kepada pemandu teksi terpilih

Dalam majlis itu, sebanyak 300 STK diserahkan kepada kumpulan penerima lesen individu fasa pertama yang mana kumpulan penerima ini merupakan sebahagian daripada 3,007 permohonan yang telah diterima oleh SPAD sejak Program Transformasi Industri Teksi (TITP).

“Program ini mula dilaksanakan pada Ogos 2016. Kesemua 300 penerima STK ini juga menerima geran tunai Kerajaan RM5,000 bagi membantu pemandu teksi yang menerima lesen individu untuk membeli kenderaan baru.

“Sepertimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika Pembentangan Bajet 2017, sebanyak RM150 juta diperuntukkan oleh Kerajaan untuk tempoh 5 tahun pelaksanaan TITP yang mensasarkan seramai 30,000 penerima lesen individu yang layak,” ujar beliau lagi.

Bermula 1 April 2017, model-model kenderaan bagi kegunaan teksi akan diliberalisasikan untuk membolehkan pilihan kereta pada harga yang kompetitif bagi pemegang lesen. Justeru, dalam memberikan lebih fleksibiliti  kepada pemandu teksi di samping mengurangkan kos operasi.

WhatsApp Image 2017-03-31 at 7.13.05 PM

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar beramah mesra bersama pemandu teksi terpilih semasa semasa Majlis penyampaian Surat Tawaran Kelulusan (STK)

Bagaimanapun, semua jenama kenderaan dan model perlulah mencapai penarafan keselamatan tiga bintang di bawah garis panduan keselamatan kenderaan, Program Penilaian Kereta Baru ASEAN (NCAP).

Menurut salah seorang penerima STK, Salmah Nawadin, 58,  beliau amat berterima kasih kepada Kerajaan kerana sentiasa mendengar keluhan pemandu teksi dalam menghadapi saingan dan berharap agar program ini diteruskan untuk masa akan datang.

“Dalam dunia yang serba canggih ini, kami para pemandu teksi perlu bersaing dengan pengusaha dan penyedia perkhidmatan pengangkutan awam yang lain. Mujur Kerajaan sentiasa mendengar rintihan dan mencari jalan untuk membantu kami,” kata Salmah.

SPAD juga akan mengawal selia dan menambah baik kontrak pajak bagi pemandu teksi yang masih di bawah kontrak pajak serta menyeragamkan ‘standard’ yang wajib dipatuhi di bawah syarat-syarat lesen pengendali.

 

-MSM

Tinggalkan komen anda