Skip to main content
Berita TempatanSabah

Perbahasan DUN Tarik Minat Pelajar

By 8 Ogos 2017Tiada komen3 minit bacaan

Laporan: Zuraidah Ahmad / Foto: Johny George Kimlon (Sabah)

KOTA KINABALU, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-14 yang masuk hari kedua, turut menarik minat golongan pelajar.

Pelajar Tingkatan 6 Atas Sekolah Menengah Tinggi Kota Kinabalu, Jessica Chu berkata peluang kali kedua hadir dan menyaksikan persidangan itu disifatkannya sebagai tuah.

IMG_6829

Jessica teruja melintang keindahan Dewan Undangan Negeri Sabah.

Anak bongsu kepada kontraktor binaan itu mengatakan selain menimba ilmu dan membangun keyakinan diri, pemandangan serta hiasan dalaman dewan menjadi tarikan utama kepada dirinya untuk berkunjung berulang kali.

“Setiap kali rang undang-undang dibahaskan, saya sentiasa mengaitkannya dengan subjek Pengajian Am.

“Dengan ini, saya dapat memahami dengan lebih jelas apa-apa yang disampaikan secara teori oleh guru di dalam kelas berbanding hanya membaca buku.

“Ini ialah pengalaman kali kedua tetapi saya masih teruja. Saya dan kawan-kawan juga banyak mengambil swafoto sejak tiba di sini.

“Jika diberi peluang lagi, saya sangat mahukannya sebab tempat ini sangat cantik untuk dilawati,” jelasnya.

Yuki ingin memperkasakan kemahiran berbahas demi cita-citanya untuk menjadi peguam.

Yuki ingin memperkasakan kemahiran berbahas demi cita-citanya untuk menjadi peguam.

Turut teruja, pelajar Tingkatan 6 Rendah Kelas Kemanusiaan I, Yuki Kitamura, 18, berharap pengalaman baharu berkenaan dapat memberi gambaran lebih jelas tentang Pengajian Am.

Sesuai dengan cita-citanya untuk menjadi peguam, gadis berdarah Jepun dan Filipina itu juga fasih berbahasa Melayu dan pernah menyertai pertandingan bahas dalam Bahasa Cina ketika bersekolah rendah.

“Peluang ini akan saya jadikan sebagai pengalaman berharga untuk meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran berbahas.

“Dari segi perkaitan dengan Pengajian Am pula, sangat membantu dalam kalangan pelajar terutama calon-calon STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia),” kata Yuki.

Mohd Aiman memanfaatkan peluang untuk mengetahui perkembangan senario politik dan ekonomi.

Mohd Aiman memanfaatkan peluang untuk mengetahui perkembangan senario politik dan ekonomi.

Rakan sekelasnya, Mohd Aiman Ramli juga berharap dapat menimba pengalaman dan maklumat global melalui pemimpin-pemimpin yang berbahas di dalam dewan.

Bercita-cita menjadi ahli perniagaan yang berjaya seperti ayahnya, dia akur kemahiran berkomunikasi dan bidang politik saling berkait rapat dalam menentukan masa depan sesebuah perniagaan.

“Selain pelajaran, saya juga memanfaatkan peluang ini untuk mengetahui perkembangan politik semasa dengan ekonomi,” kata Mohd Aiman.

Sementara itu, guru pengiring, Jaggel Apak, 43, yang ditemui berkata rombongan tersebut terdiri daripada 95 pelajar dan 10 pensyarah Pusat Tingkatan 6 sekolah berkenaan yang turut disertai Penolong Kanan, Goh Boon Swee.

Jaggil menyarankan sekolah-sekolah lain menghantar pelajar menyaksikan perbahasan rang undang-undang di DUN.

Jaggil menyarankan sekolah-sekolah lain menghantar pelajar menyaksikan perbahasan rang undang-undang di DUN.

“Kita menghantar pelajar-pelajar Tingkatan 6 ke persidangan DUN ini sejak 2010 yang bertujuan memberikan pengalaman serta gambaran yang lebih jelas berkaitan pelajaran khususnya, Pengajian Am.

“Ini juga bagi membolehkan para pelajar menyaksikan secara langsung perjalanan persidangan yang terkandung dalam silibus Tingkatan 6.

“Dalam pada itu, kita memang menerapkan aspek-aspek yang berkaitan dengan kemahiran insaniah seperti berbahas, berfikiran aras tinggi dan yang selebihnya untuk mendewasakan mereka sesuai dengan matlamat penddikan,” ujarnya.

Guru Pengajian Am yang berasal dari Kudat itu turut menyarankan sekolah-sekolah lain supaya mengambil peluang keemasan tersebut sebagai pendedahan kepada para pelajar.

SF

Tinggalkan komen anda