Skip to main content
Berita TempatanHomePerlisPutrajayaViralWilayah Persekutuan

Pesilat Puteri Tanam Azam Ke Sukan SEA

By 20 Ogos 2017Tiada komen3 minit bacaan

 Laporan dan Foto oleh: Aimi Huwaina (Putrajaya)

ARAU, 20 Ogos 2017 (Malaysiaaktif) – Silat merupakan seni pertahanan diri Melayu yang sinonim dalam kalangan lelaki.

Menurut Ahli Persatuan Seni Gayung Panglima Ulung Malaysia, Nurul Azhan Mansor, 16, dia mula berjinak-jinak dengan seni silat dari tadika lagi.

“Berminat untuk tengok seni tari silat, niat mempertahankan diri. Sertai silat dari tadika dalam persatuan lain. Berhenti sekejap bila UPSR, kemudian sambung dengan persatuan ini dari tingkatan dua

“Sebagai perempuan, kita nak buktikan yang kita juga boleh buat apa yang lelaki boleh buat, tak semestinya kita lemah daripada lelaki,” katanya.

Nurul Azhan Mansor, 16, mempersembahkan Silat Solo Kreatif.

Nurul Azhan Mansor, 16, mempersembahkan Silat Solo Kreatif.

Tambah Nurul Azhan yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lailatul Shahreen, setakat ini pencapaian tertingginya ialah johan Sukan Masal bagi kategori berkumpulan.

“Untuk tahun depan fokus SUKMA, pada masa hadapan kalau ada rezeki InsyaAllah tanam azam untuk pergi ke Sukan SEA,” katanya ketika ditemui di Majlis Sambutan Kembara Merdeka Negaraku (KMN) 2017 di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi ahli Persatuan Seni Gayung Panglima Ulung Malaysia, Afiqah Md Sadik, 16, berkata dia mula menyertai persatuan silat itu sejak empat tahun yang lalu.

“Empat tahun sertai silat dalam kumpulan ini, sebelum ini taekwando dari darjah 1 hingga darjah 5, kemudian berhenti dan sambung silat,” katanya.

Ahli Persatuan Seni Gayung Panglima Ulung Malaysia, Afiqah Md Sadik, 16.

Ahli Persatuan Seni Gayung Panglima Ulung Malaysia, Afiqah Md Sadik, 16.

Afiqah yang merupakan pelajar Kolej Vokasional Kangar berkata dia yang pada mulanya tidak berminat untuk menyertai persatuan silat mula menanam minat apabila mencuba seni silat itu sendiri.

“Mula daripada adik masuk silat, kemudian ikut adik pergi pertandingan semua, suatu hari ibu paksa suruh masuk silat.

“Mula-mula tak nak, sebab nampak macam silat ini terlalu agresif, jadi bila masuk, try rasa selesa.

“Kemudian first game dalam pertandingan Seri Pelangi di Perak terus menang emas. Dari situ terus minat untuk teruskan,” jelasnya.

Ahli Persatuan Seni Gayung Panglima Ulung Malaysia yang membuat persembahan pada Majlis Sambutan Kembara Negara 2017, di sini hari ini.

Ahli Persatuan Seni Gayung Panglima Ulung Malaysia yang membuat persembahan pada Majlis Sambutan Kembara Negara 2017, di sini hari ini.

Menurut Afiqah, pencapaian tertinggi yang dicapainya setakat ini ialah Naib Johan bagi kategori Solo Puteri dalam Kejohanan Remaja Kebangsaan yang diadakan di Baling pada baru-baru ini.

“Harapan saya, untuk bagi nampak yang perempuan ini tak lemah. Menunjukkan silat ini perempuan pun boleh join. Kiranya tak semestinya lelaki yang kuat boleh join silat, perempuan pun boleh jadi kuat,” tegas Afiqah.

Afiqah yang akan menyertai Sukma 2018 turut menanam cita-cita bagi mewakili Malaysia dalam Sukan Sea pada masa hadapan.

Dalam pada itu, bapa Afiqah, Md Sadik Md Ismail, 73, memberitahu bahawa dia menyokong penglibatan kedua-dua anaknya dalam seni silat.

“Silat ini ada beza sikit dengan cara pertahanan diri yang lain, sebab ini keturunan warisan Melayu,” kata Md Sadik yang pernah aktif dalam seni silat pada zaman sekolah.

Md Sadik Md Ismail, 73.

Md Sadik Md Ismail, 73.

Mengulas mengenai penglibatan Afiqah dalam seni silat, Md Sadik berkata silat ini adalah lebih kepada disiplin diri.

“Anak perempuan saya jiwa perempuan, taekwando ini kasar sikit, saya tengok dia tak boleh nak pergi. Bila kita bawa dalam silat, dia lain sikit.

“Dia ambil silat olahraga. Dia bukan silat lawan-lawan tetapi lebih kepada persembahan,” katanya lagi.

KMN 2017 yang telah menjelajah negara semenjak lapan hari lalu tiba di destinasi ke-21, di sini dengan kekuatan 107 peserta, 17 kenderaan dan 30 motosikal berkuasa tinggi untuk menaikkan semangat patriotisme di samping menggalakkan pengibaran Jalur Gemilang di setiap lapisan masyarakat.

Tinggalkan komen anda