Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajayaSelangorWilayah Persekutuan

Yamaha LG2 Klasik Curi Tumpuan Konvoi KMN 2017

By 26 Ogos 2017Ogos 28th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh: Pradeeb Kumar Velayutham

SABAK BERNAM, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – 20 buah motosikal klasik model Yamaha L2G mencuri perhatian konvoi Kembara Merdeka Negaraku (KMN) 2017, di sini kerana reka bentuknya yang unik dan menarik.

Ketua konvoi motosikal klasik Yamaha LG2, Mohd Yahya Tarhib, 59, berkata ahli kumpulan mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk usia, pekerjaan dan minat.

Motosikal Yamaha LG2 yang mempunyai kuasa enjin 100 cc itu merupakan salah satu faktor yang menyatukan mereka sehingga mereka tubuhkan kelab motosikal klasik Yamaha LG2 ini di daerah Sabak Bernam beberapa tahun dahulu.

Ketua konvoi motosikal klasik Yamaha LG2, Mohd Yahya Tarhib (tengah)

Ketua konvoi motosikal klasik Yamaha LG2, Mohd Yahya Tarhib (tengah) bersama ahli kumpulan paling senior, Bislam Serto

“Kami tubuhkan kelab ini dua tahun lalu semasa mengambil bahagian dalam Pertandingan Kampung Cantik Kemerdekaan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia. Berbekalkan semangat yang berterusan, kelab kami terus mendapat ahli baru dan kami mula berkonvoi setiap hari minggu di sekitar daerah Sabak Bernam.

“Hasilnya, kini kami sering dijemput untuk pelbagai jenis majlis, konvoi dan acara untuk mempamerkan motosikal Yamaha LG2 yang menjadi identiti kumpulan di sekitar Sabak Bernam ini.

Ketika ditanya mengenai alat ganti dan kos membikin motosikal ini, Mohd Yahya menjelaskan kebanyakkan alat ganti yang diperlukan boleh didapati di Sabak Bernam sahaja.

Ahli Kelab Motosikal Klasik Yamaha LG2 bersama-sama motor masing-masing.

Ahli Kelab Motosikal Klasik Yamaha LG2 bersama-sama motosikal masing-masing.

“Kadang kala sahaja kami akan mendapatkan alat ganti tertentu di Kuala Selangor atau di Kuala Lumpur. Malah, penyelengaraan motosikal ini tidak begitu tinggi atau susah tetapi memerlukan komitmen yang berterusan. Ini kerana, menyiapkan sebuah motosikal secara keseluruhannya memakan masa sehingga sebulan,” jelasnya.

Dalam pada itu, anggota yang paling senior dalam kelab itu, Bislam Serto, 75, berkata semangat setia kawan dan muhibah juga sentiasa dipupuk dalam kalangan ahli kelab mereka selain berseronok dan bergembira setiap kali sesi berkonvoi.

IMG_4670

Tambah Bislam lagi, minatnya yang tinggi sejak kecil lagi terhadap jenis model ini mendorongnya terus setia bersama Yahama LG2.

Motosikal Yamaha LG2 100cc ini mula dikeluarkan pada sekitar tahun 1970an dan merupakan model yang terlaris ketika era itu. Justeru, model ini sentiasa mempunyai pelbagai nostagia, cerita, dan kenangan dalam kalangan pemilik serta mengemar model ini.

-DZ

Tinggalkan komen anda