Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Prasarana Malaysia – SMRT Tandatangan Projek RTS

By 26 September 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Saraspathy Letchumanan & Zaharah Ismail (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Malaysiaaktif) – “Cadangan Projek Rapid Transit Sistem Link (RTS) yang akan menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands di Singapura ini akan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi kedua-dua negara apabila ia akan beroperasi pada 31 Disember 2024.”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Prasarana Malaysia Berhad dan SMRT Corporation LTD, di sini semalam.

“RTS Link ini dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalulintas, jangka masa perjalanan dan memudahkan pengguna merancang perjalanan dengan lebih baik berbanding perjalanan melalui lebuh raya,” katanya.

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan ketika memberi ucapan aluan.

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan ketika memberi ucapan aluan.

Jelasnya, dijangka lebih 10,000 pengguna yang berulang alik antara kedua-dua negara akan mendapat manfaat dengan adanya kemudahan keretapi ini.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata Prasarana Malaysia Berhad berbangga bekerjasama dengan SMRT dalam menjayakan projek RTS di antara kedua-dua negara ini.

“Projek ini juga akan mengeratkan hubungan dua hala Malaysia dan Singapura di samping memberi manfaat kepada ribuan pengguna yang sering berulang-alik antara Johor Bahru dan Singapura.

“MoU ini telah membuka laluan untuk pengendali kereta api di Malaysia dan Singapura bagi menjalinkan hubungan yang lebih dekat sebagai sambungan metro antara dua negara,” katanya lagi

Dalam pada itu, menurut Pengerusi SMRT, Seah Moon Ming, RTS Link adalah satu perkara penting dalam memberi perkhidmatan untuk beberapa dekad yang akan datang.

Sesi menandatangani MoU antara Prasarana Malaysia Berhad dan Syarikat SMRT.

Sesi menandatangani MoU antara Prasarana Malaysia Berhad dan Syarikat SMRT.

Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Datuk Seri Azmi Abdul Aziz mewakili Prasarana Malaysia Berhad dan wakil Syarikat SMRT, Desmond Kuek dengan disaksikan oleh Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Tan Sri Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan Pengerusi SMRT, Seah Moon Ming.

– AH

Tinggalkan komen anda