Piala Veteran FELCRA-MuFA Mukah Sedia Beraksi

IMG-20171205-WA0040

 

Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad / Remmy Sukup (Sarawak)

MUKAH, 5 Dis (Malaysiaaktif) – Sebanyak lapan pasukan akan menyertai Kejohanan Bola Sepak Rebutan Piala Veteran FELCRA Mukah dan Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah (MuFA) 2017 dan akan memulakan saingan pada 9 Disember nanti di Padang Mesra MDDM di sini.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Penganjur, Herman Bong, sebanyak lapan pasukan telah mengesahkan penyertaan untuk menyertai kejohanan bola sepak piala Veteran FELCRA Mukah-MuFA yang menggunakan format perlawanan secara liga di mana ia terbahagi kepada dua kumpulan iaitu A dan B.

“Setelah proses undian dilakukan, berikut merupakan kedudukan setiap pasukan dalam kumpulan masing-masing di mana pasukan Pekala, Otai United, Kanatep dan Legend United berada dalam Kumpulan A.

“Pasukan-pasukan dalam Kumpulan B pula terdiri daripada Tellian Laut, Dalat O, Kelab Sukan Rekreasi Balingian (KSRB) FC dan Old Star FC,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden MuFA selaku Pengerusi Pengelola kejohanan, Sarjan Ajahar Bakar memaklumkan bahawa pihak jawatankuasa pengelola menyediakan hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 kepada pasukan yang muncul juara beserta piala dan medal.

“Naib juara akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500, manakala di tempat ketiga akan memenangi wang tunai sebanyak RM8,00 beserta sebuah piala dan medal.

– SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...