Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Klinik Futsal Vikings Kuching Sasarkan Pelajar Sekolah

By 6 Disember 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

MUKAH, 5 Dis (Malaysiaaktif) – Nebulae Amateur Futsal Academy of Sarawak (NAFAS) dengan kerjasama Stadium Futsal Vikings, di sini menjemput para pelajar sekolah di Bahagian Kuching untuk turut serta dalam Klinik Futsal NAFAS Kuching yang akan diadakan pada 9 Disember 2017.

Menurut Presiden merangkap Ketua Jurulatih N.A.F.A.S, Abang Zairol Abang Abdul Wahab memaklumkan bahawa program klinik futsal tersebut akan diadakan di Stadium Futsal Vikings di sini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Yuran penyertaan sebanyak RM10.00 dikenakan kepada setiap seorang peserta yang mana penyertaan diberi keutamaan kepada pelajar berumur 8 hingga 12 tahun lelaki dan perempuan dan sesi latihan akan berlangsung bermula 8 pagi hingga 5 petang.

“Antara tujuan mengadakan Klinik Futsal kali ini adalah untuk mencari pemain-pemain yang berminat untuk menyertai NAFAS Kuching untuk sesi tahun 2018,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut dan urusan pendaftaran peserta boleh dikehendaki menghubungi Zaidi Jhony di talian 016 816 4470 atau Vikings Futsal Stadium di talian 082 642210 / 0168767682.

– SH

Tinggalkan komen anda