Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurPutrajayaViralWilayah Persekutuan

UMNO Terus Unggul Dengan Tujuh Manifestasi Bangsa

By 6 Disember 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan oleh: Syed Hisham Shah (Putrajaya) / Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tujuh manifesto bangsa yang diperjuangkan oleh UMNO sekaligus menjadi formula untuk UMNO terus kekal unggul di persada politik negara serta boleh dijadikan penanda aras oleh rakyat.

Tujuh manifesto yang digariskan merangkumi politik, ekonomi maqasid syariah, pengangkasaan pendidikan, keselamatan negara, antarabangsa, raja-raja Melayu dan agama.

“Sesungguhnya, UMNO tidak mengamalkan agenda sempit dan tidak hanya memperjuangkan nasib umat Melayu semata-mata.

“UMNO mengamalkan politik keterangkuman dan malah UMNO adalah wadah perjuangan dan seluruh rakyat dari berbilang kaum,” jelasnya.

Ahli perwakilan yang hadir

Ahli perwakilan yang hadir

Timbalan Perdana Menteri turut memberitahu bahawa keselamatan negara dan ketenteraman awam akan terus diperjuangkan oleh UMNO demi keharmonian seluruh masyarakat.

Dalam pada itu, Zahid juga mahukan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO memiliki mentaliti mahu menang dengan berbekalkan semangat keyakinan dan tindakan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 nanti.

“Kepentingan parti harus diutamakan dan mana-mana individu yang tidak dicalonkan kali ini perlu berlapang dada.

“Kita berjuang demi parti dan perlu melangkah sebagai satu pasukan mantap,” kata Zahid.

WhatsApp Image 2017-12-06 at 11.48.07 AM

Barisan Nasional (BN) meletakkan matlamat besar untuk bukan sahaja memenangi PRU14 bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sebaliknya memperoleh penguasaan dua pertiga kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan majoriti yang jauh lebih besar.

Zahid berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Sayap-sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017, malam tadi.

Turut hadir Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Salleh Said Keruak

Turut hadir Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Salleh Said Keruak

 

Tinggalkan komen anda