Skip to main content
Berita TempatanGlobalHomePutrajayaWilayah Persekutuan

Malaysia Nyata Pendirian Tegas, Konsisten Terhadap Baitulmaqdis

By 22 Disember 2017Tiada komen2 minit bacaan
Najib menyatakan pendirian tegas Malaysia menolak Jurusalem sebagai ibu negara Israel.

 

 Laporan: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 22 Dis (Malaysiaaktif) – Umat Islam di Malaysia bersatu menentang pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara rejim Zionis Israel.

Sehubungan itu, tengahari tadi kira-kira 10,000 orang berhimpun dalam Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Masjid Putra di sini sebagai ekspresi protes terhadap tindakan tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut hadir dalam perhimpunan itu turut menyelar tindakan Amerika Syarikat yang mengiktiraf Baitulmadis sebagai ibu negara Israel.

“Rentetan sejarah, sebelum tahun 1947 seluruh peta menunjukkan tanah itu milik rakyat Palestin, setelah itu mereka rampas hak rakyat Palestin hari demi hari. Sekiranya Al-Quds Al-Sharif atau Jurusalem diisytihar sebagi ibu negara Israel, maka hak Palestin tinggal sekangkang kera sahaja, dan mereka akan menjadi bangsa yang sehina-hinanya.

Sebahagian daripada rakyat Malaysia yang menyatakan solidariti terhadap Palestin, di Masjid Putra, di sini.

Sebahagian daripada rakyat Malaysia yang menyatakan solidariti terhadap Palestin, di Masjid Putra, di sini.

“Malaysia menyatakan pendirian di Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini selepas pengisytiharan dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada 6 Disember,” ujarnya.

Najib menyimpulkan tiga perkara yang telah diambil oleh kerajaan terhadap pengisytiharan ini yang disampaikan dalam ucapannya di perhimpunan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) baru-baru ini.

“Pendirian kita tegas dan konsisten, kita menyokong usaha berterusan penubuhan sebuah negara Palestin yang bebas dan berdaulat. Negara Palestin yang berdaulat mestilah kembali kepada persempadanan 1967.

01f81fa6-a15c-49d4-b3fa-eec737d2b6b6

“Kita turut menuntut, Jerusalem Timur sebagai ibu negara Palestin. Kita tidak akan berganjak terhadap tiga perkara ini,” katanya ketika berucap selepas Solat Jumaat sebentar tadi.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan Malaysia bukanlah penerima bantuan ekonomi yang besar daripada Amerika dan hanya menerima bantuan teknikal dari segi keselamatan dan pertahanan.

“Malaysia tidak terikat dengan ugutan Amerika Syarikat terhadap negara-negara yang memberi undi menolak resolusi pengiktirafan negara itu untuk menjadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel. Amerika tidak seharusnya menggunakan ugutan sedemikian kerana ia merupakan pendapat masyarakat antarabangsa,” jelasnya.

Perhimpunan Agung PBB semalam mengisytiharkan bahawa resolusi Amerika mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah tidak sah dan terbatal selepas pengundian menyaksikan 128 negara termasuk Malaysia menolak keputusan tersebut dengan sembilan lagi negara menyokong.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda