Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

 Pencarian Bakat Baharu Bola Sepak Bakal Guna Khidmat Luar

By 19 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

LAPORAN & FOTO : Mohd Hafiz Mat                       Nor (Sabah)

 

TENOM, SABAH, 18 Feb. (Malaysiaaktif) – Pencarian bakat baharu dalam arena bola sepak negeri Sabah bakal mendapat sentuhan nasihat daripada kelab luar negara pada siri jelajah pencarian tersebut di seluruh negeri.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Joehari Mohd Ayob berkata FAM akan mengadakan satu program khusus dalam pencarian bakat muda berkebolehan dalam arena bola sepak di negeri ini dalam tempoh terdekat.

Para pemain muda sedang menunjukkan bakat kemahiran masing-masing

Para pemain muda sedang menunjukkan bakat kemahiran masing-masing

“Pencarian bakat hingga ke akar umbi ini merupakan program terbesar pernah diadakan di Sabah dan FAM akan berkerjasama dengan sebuah kelab luar di Eropah iaitu ‘Burnley United’ pada program tersebut.

Joehari berkata demikian semasa merasmikan Karnival Bola Sepak JJFC pada sabtu di padang Bandaran Pekan Tenom.

Tambahnya lagi, satu perjanjian persefahaman (MoU) akan ditandatangani bersama kelab terbabit bagi membolehkan kita menggunakan modul pencarian bakat kalangan pemain muda yang lebih bertaraf dunia di negeri ini.

“Program ini dijangka akan bermula di Kota Kinabalu dan kemudian akan berterusan di setiap daerah di seluruh negeri ini,” ujarnya lagi.

Joehari turut berharap ibu bapa dapat memberi galakan kepada anak-anak yang memiliki bakat tersendiri untuk cuba menunjukkan kemampuan pada program tersebut selain terus menggalakkan mereka gemar bersukan kerana ia baik untuk kesihatan dan pemikiran.

“Walau bagaimanapun, keseimbangan antara sukan dan pelajaran perlu agar anak-anak bukan sahaja memiliki tahap kesihatan yang baik malah turut memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran,” katanya lagi.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak penganjur iaitu JJFC dalam usaha mencungkil bakat-bakat baru di daerah ini dan berharap penganjuran sebegini dapat dicontohi oleh lain-lain daerah dalam membantu FAM mengembalikan kecemerlangan bola sepak tanah air.

amawi memberikan ucapan semangat kepada para peserta yang mernyertai karnival berkenaan.

amawi memberikan ucapan semangat kepada para peserta yang mernyertai karnival berkenaan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia juga Pengurus JJFC, Jamawi Jaafar berkata, sambutan pada penganjuran kali ini benar-benar di luar jangka dan amat menggalakkan.

“Berdasarkan rekod penyertaan seramai 400 peserta berumur seawal 8 tahun mendaftar untuk menyertai program tersebut sejak dipromosikan pada september tahun lalu.

“Sesungguhnya sambutan ini menjadi pembakar semangat kepada kami untuk terus mengadakan pencarian bakat baharu bola sepak ini seterusnya menyumbang kepada kejayaan bola sepak Sabah nanti,” ujarnya.

Jamawi turut meluahkan rasa terharu dengan kehadiran beberapa ikon bola sepak Sabah sepanjang 13 minggu pelaksanaan program tersebut di tenom bermula sabtu antaranya seperti Julius Ating, Justin Ganai dan Matlan Marjan.

Beliau berharap agar dengan hadirnya ikon bola sepak negara ini para peserta tidak melepaskan peluang dalam mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran yang dimiliki melalui bimbingan pemain terbabit.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda