Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

16 Warga Emas Terima Sumbangan

By 21 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Aneta Ahmad  (Kemaman)

KEMAMAN, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 16 warga emas di empat buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, di sini menerima sumbangan daripada Jabatan Hal Ehwal Khas  (JASA) DUN itu melalui Program Ziarah Kasih semalam.

Pegawai JASA DUN Kemasik, Zuraida Zulkiflee berkata, kesemua barangan tersebut disumbangan dengan kerjasama Kelab Warga Emas DUN Kemasik (KWE).

Antara barangan keperluan harian yang disumbangkan kepada penduduk kampung.

Antara barangan keperluan harian yang disumbangkan kepada penduduk kampung.

“Antara barang yang disumbangan adalah beras, gula, teh uncang dan lain-lain lagi serta kos keseluruhan sumbangan tersebut sebanyak RM1,000.

“Program ziarah kasih ini melawat empat buah kampung iaitu Kampung Batu Putih, Kampung Pengakalan Ranggon, Kampung Telaga Papan dan Kampung Tengah,” katanya.

Katanya, tujuan mengadakan program ini adalah untuk merapatkan dan mendekati golongan warga emas, bertanya kabar bagi menunjukkan kecaknaan dan keprihatinan terhadap golongan tersebut agar  keberadaan mereka masih diperlukan.

Menurut Zuraida, KWE juga memainkan peranan iaitu menunjukkan bahawa warga emas tidak pernah sama sekali dipinggirkan oleh kerajaan.

“Malahan warga emas juga sentiasa mendapat perhatian oleh pihak pemimpin setempat dan kerajaan.

Zuraida (duduk) menyampaikan sumbangan sempena Program Ziarah Kasih di sini, semalam.

Zuraida (duduk) menyampaikan sumbangan sempena Program Ziarah Kasih di sini, semalam.

“Selain itu, dengan adanya program ziarah kasih ini ia juga dapat menggeratkan lagi ukhuwah antara satu sama lain,” katanya.

Pengerusi Kelab Warga Emas DUN Kemasik Mustafa Hussin berkata, KWE adalah merupakan satu pertubuhan paling aktif dalam program cakna warga emas di Daerah Kemaman.

“Kebanyakkan warga emas yang ditemui sudah mendapat bantuan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM).

“Semasa program ziarah kasih berlangsung, turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kemasik (J3K) bagi mengambil tindakan selanjutnya jika terdapat sebarang permasalahan.

“Saya berharap dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban warga emas dan masyarakat setempat yang lain,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda