Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Pesta Tangkap Itik Eratkan Ukhwah

By 4 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Β Laporan dan foto: NorFadzlina Ahmad Fadzli & Wan Shahilawati Wan Baharuddin (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 4 Mac ( Malaysiaaktif) – Acara tangkap itik dalam tali air merupakan satu acara sukan rakyat yang dapat mengukuhkan ukhwah dalam kalangan masyarakat hari ini.

Komuniti 1Malaysia (K1M) Keladang Muda hari ini telah berjaya menganjurkan acara ini di tali air Kemubu, Kampung Belukar Jenerih.

Menurut pengerusinya Mohamad Othman Wahid, 61, pihak komuniti mengambil inisiatif mengadakan sukan ini untuk mengukuhkan ukhwah dalam kalangan masyarakat kampung ini.

Nordin merasmikan acara tangkap itik di tali air Kemubu, Kampung Belukar Jenerih, di sini.

Nordin merasmikan acara tangkap itik di tali air Kemubu, Kampung Belukar Jenerih, di sini.

“Acara ini mengumpulkan masyarakat dari empat buah kampung iaitu Kampung Belukar Jenerih, Kampung Surau, Kampung Paya dan Kampung Keladang Muda,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada masa yang sama, K1M di bawah naungan Jabatan Penerangan Negeri Kelantan memberikan sumbangan barangan keperluan asas kepada 40 orang miskin dan susah di kawasan sekitar K1M ini.

Salah seorang peserta program, Che Zamri Che Din, 49, dari Kampung Belukar Jenerih, teruja apabila dimaklumkan K1M Keladang Muda akan menganjurkan pertandingan ini.

Che Zamri (kiri) dengan hasil tangkapannya.

Che Zamri (kiri) dengan hasil tangkapannya.

“Sukan ini dapat merapatkan hubungan kemasyarakatan antara kita kerana semangat bantu membantu dalam usaha untuk mendapatkan itik dan juga semangat saling tolong menolong dalam risiko air taliair itu membuatkan kami lebih kenal-mengenali antara satu sama lain.

“Sudah lama sukan ini tidak dimainkan oleh masyarakat zaman sekarang. Kehidupan masyarakat kini tidak seperti dahulu, jiran sebelah pun ada yang tidak kenal,” jelasnya lagi.

Majlis dirasmikan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nordin Awang.

-SH

Tinggalkan komen anda