Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Tiga Hari Dapat Rumah Baharu

By 5 Mac 2018Tiada komen3 minit bacaan

 

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Bin Othman

 

GELANG PATAH, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Seorang bapa anak lima tidak menyangka nasib keluarganya akan berubah apabila dalam masa yang singkat, dia sekeluarga telah memiliki kediaman sendiri melalui Projek Rumah Ihsan Johor.

Zainal Mohd Saad, 54, berkata, rezeki tanpa diduga ini memberi satu nafas baharu kepada keluarganya bagi menjalani kehidupan seharian.

Penerima Rumah Ihsan Johor ke-28, Zainal Mohd Yusof dari Kampung Pok Besar, Gelang Patah

Penerima Rumah Ihsan Johor ke-28, Zainal Mohd Yusof dari Kampung Pok Besar, Gelang Patah

“Dalam tiga minggu yang lepas, Ketua Kampung Pok ada mencadangkan nama saya sebagai salah seorang penerima Rumah Ihsan Johor namun saya tidak sangka akan terpilih dan hari ini, saya sekeluarga sudah ada rumah baharu,” jelasnya yang masih kelihatan terkejut dengan berita gembira ini.

Zainal Mohd Yusof tidak pernah menduga beliau sekeluarga akan memiliki rumah sendiri dalam masa yang singkat.

Zainal Mohd Yusof tidak pernah menduga beliau sekeluarga akan memiliki rumah sendiri dalam masa yang singkat.

Zainal merupakan penerima Rumah Ihsan Johor ke-28 melalui Pertubuhan Ihsan Johor, sebuah organisasi badan bukan kerajaan (NGO) yang merupakan hasil cetusan idea Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, demi memupuk semangat kesukarelawanan dan membudayakan aktiviti kemanusiaan di negeri Johor.

Presiden Pertubuhan Ihsan Johor, Suhaimi Salleh, berkata, projek pembinaan Rumah Ihsan Johor mensasarkan golongan yang paling susah dan paling memerlukan dalam sesuatu kawasan untuk dibantu bagi memiliki rumah kediaman sendiri.

Rumah Ihsan Johor mensasarkan golongan yang paling susah dan paling memerlukan – Suhaimi Salleh.

Rumah Ihsan Johor mensasarkan golongan yang paling susah dan paling memerlukan – Suhaimi Salleh.

“Kami tidak mahu lagi ada cerita tentang orang yang duduk bawah jambatan, dalam pondok atau guna kain kanvas sebagai tempat tinggal dan jika ada, ini adalah golongan yang mejadi keutamaan kita,” jelasnya ketika ditemui wartawan selepas Majlis Penyerahan Rumah Ihsan Johor Ke-28, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Mohammad Khairi Malik, Ketua Pegawai Eksekutif Ihsan Johor, Farrah Faridah Baptist, Timbalan Pengarah Urusan Country Garden Pacificview (CGPV), Ir. Syarul Izam Sarifudin dan Penghulu Mukim Tanjung Kupang, Mohd Sany Mohamed..

Suhaimi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Kukup menambah, inisiatif ini tidak akan berjaya tanpa penglibatan sukarelawan dari sekitar negeri Johor dan ada juga yang datang dari Melaka dan Kuala Lumpur untuk membantu membina Rumah Ihsan Johor di negeri ini.

Seramai 50 orang sukarelawan yang terlibat pada hari ini merupakan sukarelawan daripada Universiti Teknologi Malaysia, Kolej Politeknik Metro Johor Bahru, Kolej Sayong Didik (Kulai), kakitangan Country Garden Pacificview (CGPV) dan Forest City Golf Hotel.    `        `        `        `        `        `        `        `        `          `        `        `        `

Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Mohammad Khairi Malek, berkata, program ini bukan sahaja membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat tetapi ianya juga membina semangat kesukarelawanan.

Program Ihsan Johor bantu tingkatkan taraf kehidupan masyarakat dan membina semangat kesukarelawanan – Mohammad Khairi Malek.

Program Ihsan Johor bantu tingkatkan taraf kehidupan masyarakat dan membina semangat kesukarelawanan – Mohammad Khairi Malek.

“Sukarelawan Ihsan Johor bukan sahaja terlibat untuk membina rumah, namun mereka boleh dipanggil untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang lain seperti membantu mangsa-mangsa banjir, kebakaran dan sebagainya,” jelasnya.

Selain menghantar sukarelawan terdiri daripada jurutera, arkitek, pengurus, eksekutif, pegawai pemasaran dan staf hotel yang bekerja di Forest City, Projek Rumah Ihsan Johor yang pertama di Gelang Patah ini juga mendapat bantuan dari pihak CGPV apabila mereka menyumbang sebanyak RM250,000 untuk pembinaan lima unit Rumah Ihsan Johor di kawasan Gelang Patah.

 

  • MRR

Tinggalkan komen anda