SKIM SKWAK Bantu Kontraktor Kelas G1-G5

04

Laporan dan foto oleh: Mohamad Abdul Rahman

PAPAR, 22 Apr (Malaysiaaktif) – Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) berupaya membantu kontraktor bumiputra kelas G1-G5 bagi menyiapkan projek-projek persekutuan.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin SKWAK diperkenalkan oleh kementeriannya dalam bentuk dana pendahuluan sebanyak 25 peratus setelah mendapat projek persekutuan dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Saya mendapat maklum bahawa skim berkenaan mendapat sambutan oleh para kontraktor tempatan, kita harap dana 25 juta SKWAK ini akan membantu para kontraktor membiayai projek yang diamanahkan.

Rosnah (tengah) melawat bangunan balai raya Kg Kuala Papar yang di baik pulih dalam Program CSR anjuran BPKU pada Sabtu.

Rosnah (tengah) melawat bangunan balai raya Kg Kuala Papar yang di baik pulih dalam Program CSR anjuran BPKU pada Sabtu.

“Ini juga secara langsung akan mengurangkan projek-projek gagal disebabkan oleh masalah kewangan, selain menambah nilai serta daya saing kontraktor tempatan di pasaran terbuka,” katanya selepas Program Latihan Praktikal dan Khidmat Masyarakat, Kerja baik Pulih Balai Raya Kampung Kuala Papar pada Sabtu.

Katanya, sebanyak 86 program, merangkumi  lapan skop dibawah Construction IndustryTransformation Programme (CITP) 2016-2020 yang memberi manfaat kepada lebih 5000 kontraktor binaan dalam gred G1 hingga G7.

“Sebanyak RM 46 Billion telah dikhususkan untuk belanja pembangunan yang merangkumi 16.4% daripada keseluruhan bajet tahun ini.

“Dibawah CITP, Teknologi Industrialise Building System (IBS) dilaksanakan bagi 30 buah sekolah daif di Sabah yang menelan belanja RM 1 billion.

“Ini merupakan satu peluang bagi kontraktor bumiputra disini dan kita harap mereka mempersiapkan diri untuk menguasai teknologi IBS yang mempercepat tempoh binaan serta mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh asing,” katanya.

Rosnah (tengah) sedang berbincang bersama pegawai-pegawai CIDB dan kementerian.

Rosnah (tengah) sedang berbincang bersama pegawai-pegawai CIDB dan kementerian.

Sementara itu, Rosnah turut berharap pada PRU ke-14 ini juga akan ada ditampilkan calon-calon wanita mewakili kawasan dalam konteks parti Barisan Nasional(BN) menjelang penamaan calon 28hb April ini.

“Itulah yang kita harapkan kepada pucuk pimpinan parti iaitu calon-calon daripada wanita, namun apa yang penting bukan setakat memenuhi kuota, kerana pada saya pemimpin yang akan ditampilkan mampu memberikan yang terbaik kepada pengundi dan juga parti.

“Pada pendapat saya, siapa saja yang terpilih menjadi calon akan kita sokong dan beri kerjasama serta pastikan calon kita bukan sahaja menang dengan majoriti lebih tinggi tetapi dalam keadaan yang diterima oleh rakyat diperingkat akar umbi, ” kata Rosnah.

Kira-kira 200 peserta terdiri daripada para kontraktor seluruh Sabah hadir ke program anjuran Bahagian Pembangungan Kontraktor dan Usahawan(BPKU) bersama Lembaga Pembangunan Industri Binaan Malaysia (CIDB) serta Pusat Khidmat P.175 Papar.

-MRR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...