Lepasan STPM Ditabal Kumang Gawai Dayak 2018

Kumang 2

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad & Remmy Sukup (Sarawak)

MUKAH, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Lepasan pelajar STPM 2017, Grace Mithchellynna Jineus, 20, berbangsa campuran Kadazan Cina dan Iban dinobatkan sebagai Kumang Gawai Dayak sempena Majlis Mantar Gawai Dayak peringkat Bahagian Mukah 2018 di Dewan Suarah Mukah, di sini malam tadi.

Grace yang mewakili penduduk Rumah Panjang Rumah Payong Jakong di Sungai Sebuloh, Balingian bercita-cita menjadi seorang pendidik berjaya menerima habuan berbentuk wang tunai sebanyak RM700, selempang, mahkota dan hamper.

Gwendoline Tyner Nyangun dan Suzzy Elvynia Nyanau masing-masing di tempat kedua dan ketiga menerima wang tunai, trofi dan hamper.

Sementara itu dalam pertandingan betaboh, Kumpulan Temesu Krew muncul kumpulan terbaik, Kumpulan Bulu Landak di tempat kedua dan di tempat ketiga Jarum Besi Guni Baja.

Turut hadir pengerusi pengelola Gawai Dayak Bahgian Mukah 2018 selaku Pengerusi Sarawak Dayak Nasional Union (SDNU) Bahagian Mukah, Francis Atan, dan Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau.

-SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...