Skip to main content
HomeViral

Akhirnya YouTube Sekat Video Azan Biadap Alvin Tan

By 29 April 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

CYBERJAYA (Malaysiaaktif) 28 Apr: Video Biadap yang dimuatnaik oleh Alvin Tan ke YouTube akhirnya disekat oleh syarikat media sosial yang berpangkalan di San Bruno, California itu.

Tindakan diambil YouTube berikutan permintaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya dikeluarkan video menghina azan yang dimautnaik berkali-kali oleh anarkis sosial berusia 27 tahun itu.

Video yang memaparkan Alvin ‘menyanyikan’ azan dengan tidak berbaju dan diiringi muzik keyboard itu dimuatnaik beberapa kali sejak 21 April lalu hingga mencetuskan kemarahan di kalangan orang Melayu dan tidak kurang juga masyarakat bukan Melayu berikutan asakan ke atas sentimen kaum di Malaysia.

Dalam pada itu, SKMM menasihatkan orang ramai supaya jangan menyebarkan video berkenaan dalam media sosial atau mana-mana peranti kerana ia melanggar  Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

SKMM juga menasihatkan orang ramai tidak mudah terkesan oleh kebiadaban Alvin melalui apa yang dipaparkan dalam video itu.

Alvin kini berada di Amerika Syarikat setelah melarikan diri daripada ditahan polis kerana menghina Islam dan Raja-Raja Melayu.

Paspot beliau telah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen pada Disember tahun lalu.

SKMM juga sedang berurusan dengan Facebook dalam usaha mendesak syarikat itu menyekat video tersebut.

–Malaysiaaktif

 

 

Tinggalkan komen anda