Skip to main content
HomeViral

Telco Diarah Kembali kepada Harga asal Untuk Kad Pra-bayar

By 29 April 2015Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA/PERMATANG PAUH 29 Apr (Malaysiaaktif) —Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad pada Rabu mengarahkan keempat-empat syarikat telekomunikasi (telco) mengembalikan harga kad telefon pra-bayar kepada harga asal, termasuk CBP bermula 1 Mei ini.

Menurut Khazali kesemua telco telah dimaklumkan supaya kembali kepada struktur harga lama sebelum pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP)

Dengan arahan terbaharu yang dikeluarkan menerusi surat pada Selasa 28 April  itu, Khazali berkata kesemua telco diberikan tempoh sebulan untuk berbuat demikian.

Beliau berkata mereka dimaklumkan perkara ini sejak awal supaya menggunakan pendekatan yang sama bagi sistem CBP, bagaimana pun, syarikat-syarikat telco terbabit masih mengenakan ‘cukai eksklusif.’

Peraturan terkini bererti harga kad pra-bayar dijual dengan harga yang sama tanpa caj tambahan.

Beliau berkata demikian di ibu pejabat Kastam di Putraya pada Rabu.

Khazali berkata Jabatan Kastam akan bertindak tegas terhadap  mereka yang ingkar dengan arahan itu.

Sementara itu, pada satu sidang media di Pusat Media Permatang Pauh tengahari tadi Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengulangi kenyataan Khazali berkenaan perkara yang sama.

Beliau berkata langkah itu telah dipersetujui oleh Kabinet.

Ahmad juga menafikan bahawa beliau diarahkan oleh pucuk pimpinan UMNO supaya menutup mulut berhubung CBP.

Sebuah portal berita yang melaborkan perkara ini pada Rabu memetik satu ‘sumber’ bahawa pihak kepimpinan UMNO bimbang kenyataan beliau memudaratkan kedudukan parti di Pilihan raya Kecil Rompin dan di Permatang Pauh.

— Laporan Permatang Pauh oleh Ainuddin Kamarudi

 

Tinggalkan komen anda