Skip to main content
Home

Belum Sebulan CBP Peniaga Dihadapkan ke Mahkamah

By 30 April 2015Tiada komen1 minit bacaan

SHAH ALAM, 30 Aprl (Malaysiaaktif)—Kurang sebulan selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP), sebuah restoran muncul dalam dakwaan pertama di bawah Akta CBP 2014 di Mahkamah Sesyen di sini.

Pemilik Restoran Hameed’s Corner yang beroperasi di Seksyen 16, Petaling Jaya, Raja Bunesh Bagam Kamarudeen dihadapkan dengan lima tuduhan pada Khamis.

Tuduhan bersabit kesalahan mengeluarkan kira-kira 2,000 invois tanpa butiran daripada 7 April hingga 11 April lalu, seperti yang wajibkan di bawah Seksyen 22 Akta CBP 2014

Timbalan Pendakwa Raya Rozela Raja Toran memohon dikenakan jaminan RM100,000 bersabit kesemua tuduhan.

Bagaimana pun, peguam Raja Bunesh, Cullin Andrew berkata anak guamnya telah pun membayar sebanyak RM15,000 sebagai bon kepada Jabatan Kastam.

Beliau berkata dalam kes saman seperti itu jaminan tidak perlu dan sekiranya anak guamnya tidak hadir di mahkamah waran tangkap boleh dikeluarkan.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid membenaran jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei untuk sebutan berikutnya.

Tinggalkan komen anda