Skip to main content
GlobalHome

Hubungi Wisma Putra Untuk Perkembangan Terkini Di Nepal

By 26 April 2015Tiada komen1 minit bacaan

KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh menghubungi Wisma Putra di talian 03-8887 4570 untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini rakyat Malaysia, berikutan gempa bumi kuat di Nepal.

Nombor telefon yang boleh dihubungi ialah 03-8000 8000 semasa waktu pejabat.

Jurucakap bilik operasi Wisma Putra berkata: “Kami sedang mengesan jumlah rakyat Malaysia yang berada di Nepal dengan menghubungi Pejabat Kedutaan Malaysia di Nepal.

“Kami akan melaporkan perkembangan terkini,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Media dan agensi berita antarabangsa melaporkan angka kematian kini sudah melebihi 1,800 orang. Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya, Kathmandu dan bandar Pokhara, pada 2.56 petang (waktu Malaysia) Sabtu.

Setakat semalam, semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Kathmandu dan Pejabat Suruhanjaya Tinggi di New Delhi, dilaporkan selamat.

— Bernama

Tinggalkan komen anda