Skip to main content
Home

Bunga Untuk Penduduk Taman Medan Selepas Isu Gereja

By 26 April 2015Tiada komen1 minit bacaan

TAMAN MEDAN – Gerakan ‘Malaysians for Malaysia’ pada Ahad menghadiahkan bunga kepada penduduk Taman Medan berikutan tunjuk perasaan membantah gereja di kawasan itu minggu lalu.

Pelbagai reaksi diperhatikan di kalangan penerima. Ada yang terkejut, ada yang serba salah dan ada yang terus menolak.

Dalam pada itu ada juga yang bertanya sama ada bunga yang diberikan itu mempunyai kaitan dengan misi gereja berkenaan.

Bagaimana, rata-rata penduduk di Taman Medan menerima dengan senang hati setangkai bunga sebagai simbol dalam usaha untuk menjernihkan keadaan dan hubungan di antara anggota masyarakat setempat.

Kumpulan kira-kira sepuluh orang itu diketuai oleh Azrul Mohd Khalib, penyelaras kumpulan ‘Malaysians for Malaysia’.

Minggu lalu sekumpulan penduduk Taman Medan mengadakan tunjuk perasaan di hadapan gereja di kawasan itu untuk mendesak supaya lambang salib yang dinaikkan pada dinding luar premis itu diturunkan.

 

-Malaysiaaktif

 

Tinggalkan komen anda