Skip to main content
HomeViral

Reezal: Tindakan PAS Berpatah Balik Amat Memalukan

By 30 April 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PERMATANG PAUH 29 Apr (Malaysiaaktif) — Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican menganggap apa yang dilakukan oleh PAS di Permatang Pauh akan menyebabkan mereka kehilangan rasa hormat.

Beliau berkata ini kerana mereka tidak istiqomah.

Menurut Reezal, mereka memutuskan untuk tidak membantu pakatan pembangkang sebelum ini kerana presiden mereka dihina, bukan sekadar dikritik, tapi dihina dan diheret ke mahkamah.

Beliau berkata mereka bukan mengalami keadaan sebegini sekali, malahan beberapa kali.

Oleh yang demikian, beliau menyifatkan tindakan PAS Pulau PinangĀ itu untukĀ membantu PKR di Permatang Pauh amat memalukan.

Tinggalkan komen anda