Skip to main content
Home

Saya Sokong Najib Sebagai PM Kerana Ayahnya – Dr Mahathir

By 25 April 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau melobi Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadi perdana menteri kerana berterima kasih kepada bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Bekas perdana menteri yang memimpin negara selama 22 tahun itu bagaimanapun berkata, beliau kini terkilan menyokong Najib yang tidak mampu memberi penjelasan mengenai beberapa isu termasuk kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dr Mahathir berkata, beliau melihat Tun Abdul Razak sebagai mentor dan idolanya tetapi beliau tidak boleh terlepas pandang terhadap kesilapan Najib.

Beliau berkata, Tun Abdul Razak yang merupakan perdana menteri kedua membawanya ke kabinet pada 1974.

“Kemudian saya menjadi timbalan perdana menteri dan perdana menteri. Saya amat berterima kasih kepada beliau (Tun Abdul Razak),” kata Dr Mahathir pada forum di K-Klub di Taman Melawati pada Sabtu.

Dr Mahathir berkata, beliau telah berusaha dan berjaya untuk membantu Najib sebagai penghargaannya kepada Tun Abdul Razak tetapi beliau tidak tahu apakah yang silap.

“Saya mahu membantu bukan menganiaya anak-anak Tun Abdul Razak,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Najin tidak mampu untuk memberi penjelasan mengenai ke mana bakinya wang pinjaman 1MDB berjumlah berbilion ringgit.

Tambahnya, Umno dan Barisan Nasional akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Najib terus menjadi perdana menteri.

Dr Mahathir berkata, tidak terlalu lewat buat Barisan Nasional kerana masih ada dua setengah tahun lagi menjelang pilihan raya umum akan datang.

Beliau berikrar untuk membantu Barisan Nasional memperoleh sokongan rakyat sekiranya Najib meletakkan jawatan.

-Star

Tinggalkan komen anda