Skip to main content
HomeViral

Presiden Perkasa Ibrahim Ali Kalah Saman Fitnah

By 18 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

SHAH ALAM , 18 Mei (Malaysiaaktif) – Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali kalah dalam saman fitnah terhadap sebuah surat khabar dan pengarangnya.

Dalam saman RM5 juta itu , Ibrahim menamakan akhbar The Sun , bekas Pengarang Urusan  Chong Cheng Hai , penulis Terence Fernandez dan pencetak Sun Media Corporation Sdn Bhd sebagai defendan.

Ibrahim mendakwa akhbar itu pada 17 Mac 2010 telah menyiarkan perkataan-perkataan fitnah terhadap beliau dalam artikel, “Sultan Keeps Perkasa Guessing on Invitation.”

Antara lain, beliau berkata perkataan-perkataan tersebut membayangkan bahawa Sultan Selangor bimbang dengan imej Perkasa dan bahawa Perkasa adalah sebuah organisasi ekstremis dalam perjuangan untuk kepentingan kaum tertentu dan bahawa Ibrahim adalah seorang pemimpin sebuah kumpulan cauvinis .

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi M. Gunalan mengarahkan Ibrahim membayar kos sebanyak RM50,000.

Tinggalkan komen anda