Skip to main content
Home

Filipina Mesti Tingkat Tindakan Di Pulau Selatan Negara Itu

By 20 Mei 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KOTA KINABALU, 20 Mei (Malaysiaaktif) — Kerjasama pihak berkuasa Malaysia, Indonesia dan Filipina harus dimantapkan lagi demi mengekang insiden penculikan di pantai timur sabah.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, penjenayah rentas sempadan itu menggunakan kepulauan negara jiran pangkalan untuk mengatur penculikan, selain menjadikannya sebagai tempat persembunyian selepas melakukan jenayah,

Khalid berkata, “Semua kena tahu pantai timur itu sahaja bersempadan dengan Filipina sepanjang 17000 km, jadi kalau diatur semua pegawai dan anggota polis sepanjang sempadan tak cukup.”

Beliau berkata masalah yang dihadapi sering dibincangkan dalam mesyuarat dua hala bersama Indonesia dan Filipina.

Khalid menegaskan bahawa pihak berkuasa Filipina harus meningkatkan tindakan kerana kumpulan-kumpulan terbabit jelas menggunakan kepulauan di selatan negara itu sebagai pangkalan mereka.

Beliau ditemui semasa mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam kejadian 14 Mei kira-kira pukul 7.26 malam di Restoran Ocean King, Sandakan itu empat lelaki bersenjata dan berceloreng menculik pengurus restoran Thien Nyuk Fun, 49 tahun dan seorang pelanggan, Bernard Then, 38 tahun.

Sementara itu, Khalid juga berpegang kepada kenyataannya sebelum ini supaya perdagangan tukar barang antara Sabah dan selatan Filipina dihentikan.

Menurut beliau, ia sebahagian strategi mencegah penculikan kerana penjenayah lazimnya menyamar sebagai pedagang tukar barang untuk menyusup masuk ke Sabah untuk melakukan jenayah.

 

Tinggalkan komen anda