Skip to main content
HomeViral

Kapal Korek Karam Di Johor, 15 Krew Hilang

By 20 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

JOHOR BAHRU, 20 Mei (Malaysiaaktif) — Seramai 15 krew sebuah kapal korek dilaporkan hilang selepas kapal terbabit karam di perairan Tanjung Punggai, di Kota Tinggi Johor kira-kira pada pukul 4 pagi tadi.

Menurut Komander Pasukan Polis Marin Wilayah II  Johor, ACP Paul Khiu, operasi mencari dan menyelamat giat dilakukan dengan kerjasama pelbagai pihak.

Beliau memberitahu Malaysiaaktif bahawa Polis Marin sedang menyiasat insiden tersebut untuk mengenal pasti punca kejadian.

Paul juga berkata pihaknya akan tengok arah angin dan ombak untuk menentukan paten pencarian yang membabitkan pihak Maritim dan Polis Marin.

Kejadian berlaku di perairan Laut China Selatan di lokasi lebih kurang 10 batu nautika dari Kota Tinggi.

Dipercayai seramai 14 orang warga China dan seorang rakyat tempatan berada dalam kapal itu.

Tinggalkan komen anda