Skip to main content
GlobalHomeViral

Dua Diculik Di Restoran Makanan Laut di Sandakan

By 14 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

[TERBAHARU]


KUALA LUMPUR 14 Mei (Malaysiaaktif) — 
Beberapa orang lelaki bersenjata yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf menyerbu masuk ke sebuah restoran tepi laut popular di Sandakan dan membawa lari pengurus restoran dan seorang pelanggan pada Khamis.

Kejadian yang dikatakan berlaku  pada kira-kira pukul 7.40 malam itu dipercayai didalangi oleh kumpulan yang dikenali sebagai ‘Muktadil Brothers.’

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan berkata, kejadian berkenaan berlaku di restoran Ocean King, Jalan Batu Sapi.

Katanya, mangsa culik dikenal pasti sebagai Thien Nyuk Fun, 48 dan seorang lelaki, Bernard Ghen Ted Fen, 39.

“Empat penculik berkenaan menaiki sebuah bot dan bersenjatakan dua laras M16 dan sepucuk pistol,” katanya di sini malam ini.

Sementara itu, menurut pemilik restoran tersebut, Chung Yan Tsim, pengurus yang juga adik iparnya dibawa menaiki boat dengan pantas oleh anggota kumpulan itu yang tidak menyembunyikan wajah mereka.

Pasukan keselamatan digerakkan serta merta oleh kerana Sandakan hanya kira-kira sejam menaiki boat  dari pulau selatan Filipina, Bakungan Besar.

Komander Eastern Security Command (ESSCOM) Datuk Abdul Rashid Harun apabila dihubungi enggan mengulas tentang kejadian tersebut.

 

 

Tinggalkan komen anda