
[TERBAHARU] KUALA LUMPUR, 15 mei (Malaysiaaktif) — Ketua Menteri Sabah merangkap pengerusi jawatankuasa keselamatan negeri, Datuk Seri Musa Aman mengadakan mesyuarat bersama pegawai kanan pelbagai agensi keselamatan di kediamannya di Sri Libaran, Sandakan sebentar tadi susulan insiden penculikan di restoran Ocean King, Sandakan.
Turut hadir komander Esscom, Datuk Abdul Rashid Harun.
Sementara itu, Gerakan memburu empat lelaki bersenjata yang menculik dua orang termasuk seorang wanita di restoran ocean king Sandakan malam tadi, giat dijalankan pasukan keselamatan termasuk ESSCOM, polis, tentera, APMM, pasukan gerakan am dan cawangan khas.
Setakat ini penculik belum membuat sebarang panggilan kepada keluarga mangsa.
Polis percaya penculikan kemungkinan besar dilakukan kumpulan Adik Beradik Muktadil yang disyaki terlibat dalam beberapa kes penculikan di pantai timur Sabah.
Pesuruhjaya polis Sabah, Datuk Jalaludin Abdul Rahman berkata Kes diklasifikasikan mengikut seksyen 3 akta penculikan 1961.
Latar belakang semua pekerja restoran kini disiasat kerana disyaki ada pemberi maklumat yang menyebabkan mangsa menjadi sasaran penculik.