
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Malaysiaaktif) — Seramai 8, 946 pesalah trafik dengan waran tangkap telah menyerah diri kepada polis sehingga sejak ‘Ops Warta’ dilancarkan pada 19 Mei lalu.
Menurut laporan Cawangan Trafik Bukit Aman, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu 2,267 orang, diikuti Johor dengan 1,979.
Setakat Selasa, sejumlah 1,790 pesalah trafik di seluruh negara ditahan setelah gagal menyelesaikan waran tangkap mereka dan daripada jumlah itu, 528 orang akan didakwa dan 1,262 lagi dibenarkan ikat jamin.
‘Ops Warta’ diadakan untuk mengesan pesalah trafik yang belum menyelesaikan waran tangkap ke atas mereka.