Skip to main content
EkonomiHome

KWSP Pertimbang Bagi Pilihan Skim Persaraan Patuh Syariah

By 26 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Malaysiaaktif) — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menimbang untuk memberi pilihan kepada pencarum memilih skim simpanan persaraan patuh Syariah atau kekal dengan skim konvensional sedia ada.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata inisiatif itu di sasar untuk dilaksanakan pada 2017.

Datuk Ahmad Maslan berkata demikian ketika menjawab soalan ahli parlimen Temerloh Nasrudin Hassan sewaktu sesi sidang Dewan Rakyat pada Selasa.

Nasrudin meminta penjelasan sama ada KWSP berhasrat memastikan caruman pencarum Muslim hanya dilaburkan dalam portfolio pelaburan patuh Syariah.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan berkata KWSP sentiasa memenuhi mandat etikanya dengan tidak sekali-kali membuat pelaburan dalam sektor yang berkategori tidak beretika.

Beliau berkata KWSP tidak akan mengasingkan caruman pencarum mengikut agama, bangsa atau kaum kerana pelaburan yang dibuat adalah untuk semua ahlinya tanpa mengira agama dan bangsa.

Ahmad Maslan berkata KWSP sentiasa mengembangkan pelaburannya dalam instrumen berlandaskan syariah, dan sehingga Disember 2014, sebanyak 40 peratus daripada jumlah aset KWSP adalah dalam pelaburan berlandas syariah.

Tinggalkan komen anda