Skip to main content
Global

Lawatan TPM Slovak Miroslav Lajcak Ke Malaysia

By 24 Mei 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Malaysiaaktif) — Timbalan Perdana Menteri Slovak,  Miroslav Laj?ák, merangkap Menteri Luar Negeri dan Hal Ehwal Eropah Republik Slovak akan mengadakan Lawatan Kerja ke Malaysia pada 25 Mei 2015.

Miroslav Laj?ák akan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan daripada Kementerian Luar Negeri Republik Slovak. Ini merupakan lawatan pertama TYT Miroslav Laj?ák ke Malaysia.

Semasa lawatan ini, Miroslav Laj?ák dijadualkan bertemu dengan Menteri Luar Negeri (KLN), Datuk Sri Anifah Aman.

Menurut KLN menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini, lawatan tersebut akan memberi peluang untuk merapatkan hubungan dua hala dan meningkatkan kerjasama di antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, sukan dan pertahanan.

Kedua-dua Menteri akan turut bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa.

Kedua-dua Menteri juga dijadualkan untuk menandatangani Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali dan Pencegahan Pelarian Fiskal berkenaan dengan Cukai atas Pendapatan (DTAA).

Objektif utama perjanjian untuk menyediakan peruntukan mengelak berlaku pencukaian dua kali ke atas pendapatan melalui penentuan hak mengenakan cukai di antara kedua-dua negara, pengurangan kadar cukai pegangan ke atas pendapatan-pendapatan tertentu seperti dividen, faedah, royalti dan fi bagi perkhidmatan teknikal berasaskan timbal balas dan memberi kepastian mengenai layanan cukai bagi aktiviti ekonomi rentas sempadan.

Menurut KLN lagi, dengan termeterainya DTAA ini ia akan terus meningkatkan kerjasama dua hala, perdagangan dan pelaburan di antara kedua-dua negara.

Sebagai sebahagian daripada lawatan tersebut, Miroslav Laj?ák juga akan merasmikan Forum Perniagaan Malaysia-Slovakia di Hotel Westin, Kuala Lumpur.

Forum ini akan dihadiri oleh komuniti perniagaan, pemimpin dan kapten industri.

Tinggalkan komen anda