Skip to main content
HomeViral

Malaysia, Indonesia Setuju Sedia Penempatan Pendatang

By 20 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PUTRAJAYA, 20 Mei (Malaysiaaktif) — Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk menyediakan  pusat perlindungan sementara kepada kira-kira 7,000 pendatang yang terkandas di laut ketika ini.

Menurut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman usaha itu diambil sebagai tanggungjawab kemanusiaan. Ini sebagai langkah sementara sebelum proses penempatan semula siap, dan penghantaran balik akan dibuat dalam tempoh setahun.

Keputusan itu dipersetujui dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Indonesia Retno Marsudi di Wisma Putra pagi tadi.

Bagaimanapun, Menteri Luar Thailand Jeneral Tanasak Patimapragorn tidak menyatakan pendirian nya berhubung isu ini.

Beliau memberitahu akan merujuk kepada undang-undang domestik berhubung isu pendatang asing sebelum membuat keputusan.

Anifah berkata, Malaysia dan Indonesia akan mengenal pasti kawasan yang bersesuaian untuk dijadikan penempatan sementara pendatang.

Beliau juga mengajak masyarakat antarabangsa turut menggalas tanggungjawab ini dalam memberi bantuan kewangan dan mencari penyelesaian jangka panjang.

Katanya lagi, Malaysia, Thailand dan Indonesia juga berpendapat kemasukan isu pendatang yang tidak teratur dapat diselesaikan dalam semangat ASEAN.

Dalam masa yang sama Anifah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa Maritim Malaysia untuk memberi bantuan kemanusiaan segera kepada mereka yang terkandas dalam bot-bot yang berlabuh.

Tinggalkan komen anda