
KANGAR, 27 Mei (Malaysiaaktif) — Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata pihak berwajib perlu memastikan pengebumian semula secara teratur mayat-mayat yang ditemui di kawasan hutan berhampiran Wang Kelian.
Beliau berkata berdasarkan bilangan kubur yang ditemui, ada kemungkinan warga tempatan bersubahat dengan orang luar memandangkan kem-kem tersebut terletak berhampiran sempadan Thailand.
Azlan berkata pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan rapi untuk menyerlahkan kebenaran, dan jika perlu para pegawai dari Jabatan Perhutanan dan dari agensi-agensi penguatkuasaan lain juga perlu disiasat.
Beliau memberikan komen demikian di sini tengahari tadi.