
KOTA KINABALU, 27 Mei (Malaysiaaktif) — Aduan yang diterima daripada pengguna berkenaan harga barangan dan perkhidmatan sejak pelaksanaan GST menurun daripada lebih 7700 aduan sehari pada 1 April kepada purata 250 aduan sahaja hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) Datuk Hassan Malek berkata, namun demikian orang ramai diminta terus membuat aduan jika mempunyai maklumat peniaga tidak bertanggungjawab.
Beliau sebelum itu meninjau penguatkuasaan harga barangan kawalan sempena Pesta Kaamatan di Kota Kinabalu.