Skip to main content
HomeViral

Ops Warta: Sasaran Hari Pertama Sekatan, Tempat Kerja

By 19 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

 

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Sasaran hari pertama Ops Warta merangkumi sekatan jalan raya dan tempat kerja.

Bagaimanapun, dalam beberapa serbuan polis mendapati pesalah seolah-olah sudah tahu dengan kehadiran polis dan ada yang tidak hadir di tempat kerja atas alasan sakit.

Ketua Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abd Latif  memberi amaran mereka tetap tidak akan terlepas kerana operasi akan dilakukan secara agresif dan menyeluruh.

Daripada sejumlah 147 yang ditahan di seluruh negara, Selangor paling ramai, dengan 42 orang diikuti Melaka dan Negeri Sembilan.

Selain sekatan jalan raya dan tempat kerja, operasi juga dibuat ke rumah kediaman.

Sehingga Isnin malam seramai 38 ribu pemilik waran tangkap telah membayar tunggakan saman.

Jumlah itu hanya tiga peratus daripada 1. 59  juta waran tangkap yang dikeluarkan.

Tinggalkan komen anda