Skip to main content
HomeViral

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Putrajaya

By 14 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PUTRAJAYA, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat Simpang empat Jalan Presint 5, Putrajaya pada Khamis.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 9.30 pagi itu, Affendi bin Aziz, 36 tahun yang berasal dari Dengkil mati ditempat kejadian apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta jenis MyVi.

Affendi dalam perjalanan ke tempat kerja ketika kejadian.

Menurut sumber, Affendi seorang pengurus di Hotel Pullman Putrajaya dan pemandu kereta yang dikenali sebagai Noorazira binti Tajuddin, 30 tahun seorang Juru Ukur Bahan.

Noorazira tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu.

Polis sedang menyiasat kemalangan tersebut.

Tinggalkan komen anda