Skip to main content
EkonomiHomeViral

PM Sahkan KWAP Labur RM1.4bil dalam 1MDB Hingga 31 Mac

By 19 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR , 19 Mei (Malaysiaaktif) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) melabur 1.4 bilion ringgit dalam One Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga 31 Mac lalu.

Menurut Najib, pelaburan dibuat menerusi empat buah syarikat, iaitu Bandar Malaysia Sdn Bhd, One MDB Energy Limited, One MDB Global Investment Limited dan Jimah Energy Ventures Berhad.

Kata Najib, “KWSP melanggan bon terbitan 1MDB berjumlah RM200 pada 2009 dan ia dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.”

Najib berkata demikian pada Selasa dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli di Dewan Rakyat yang meminta penjelasan berhubung pelaburan dan pegangan oleh KWSP dan KWAP  dalam 1MDB.

KWAP, jelas beliau, telah melanggan bon terbitan 1 MDB berjumlah 200 juta ringgit pada 2009 dan ia dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.

“Selain itu, KWSP turut mempunyai pendedahan pelaburan terhadap anak-anak syarikat 1MDB,  iaitu Panglima Power Sdn Bhd (PPSB) dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd (JEV) yang berjumlah RM1.52 bilion.”

Pelaburan dalam anak syarikat 1MDB, Panglima Power Sdn Bhd dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd pula berjumlah 1.52 bilion ringgit.

“Penglibatan pelaburan KWSP dalam anak-anak syarikat tersebut berlaku pada 2003 (PPSB) dan 2005 (JEV), iaitu sebelum pengambilalihan oleh 1MDB ke atas PPSB dan JEV, masing-masing pada 2012 dan 2014.”

Penglibatan pelaburan KWSP dalam anak syarikat terbabit bagaimanapun, berlaku sebelum pengambilalihan PPSB dan JEV oleh 1MDB, masing-masing pada 2012 dan 2014.

Tinggalkan komen anda