
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Malaysiaaktif) — Malaysia akan menghantar pulang segera kira-kira seribu pendatang warga Bangladesh yang mendarat di Langkawi Isnin lalu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kesemua mereka akan dihantar pulang sebaik urusan dokumentasi mereka selesai.
Beliau berkata demikian di lobi parlimen ketika mengulas kejadian pendaratan 1400 warga Bangladesh dan etnik Rohingya di Langkawi seminggu lalu.
Warga Rohingya akan di serahkan kepada pihak Suruhanjaya Tinggi PBB mengenai pelarian UNHCR.
Kata Wan Junaidi lagi, isu pelarian Rohingya adalah tanggungjawab kerajaan Myanmar dan bukan dalam bidang kuasa Malaysia atau ASEAN.
Menurutnya kerajaan tidak akan membiarkan masalah PATI menjadi beban keatas rakyat Msia sendiri .