Skip to main content
Home

Polis Tumpas Sindiket Curi Kenderaan Di Klang

By 20 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Malaysiaaktif – kemaskini) — Polis menahan dua lelaki dan merampas tiga pacuan empat roda jenis toyota hilux di dalam gudang di Taman Perindustrian Meru Indah, Klang, Selangor

Kedua-dua suspek berusia 27 dan 47 tahun itu ditahan polis selepas diekori dari kawasan Meru sebelum ditahan di Yong Peng, Johor.

Sepasukan polis yang sedang membuat rondaan terserempak dua lelaki yang menaiki sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di taman perindustrian Meru indah, Klang kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.

Kenderaan suspek kemudian diekori sehingga hentian Lebuh Raya utara Selatan di Yong Peng, Johor.

Hasil pemeriksaan, polis menemui kunci sebuah gudang dan suspek mengaku menyimpan kenderaan curi di gudang berkenaan.

Pemeriksaan di gudang berkenaan, polis menemui tiga buah kenderaan Toyota Hilux.

Salah sebuah kenderaan itu telah dimuatkan ke dalam sebuah kontena.

Kesemua kenderaan tersebut dilaporkan hilang di Subang, Puchong dan Kota Damansara.

Siasatan masih dijalankan bagi menjejaki saki baki anggota kumpulan itu.

Tinggalkan komen anda