Skip to main content
Home

Ribuan penganut ajaran Buddha membanjiri kuil pada Hari Wesak

By 3 Mei 2015Mei 15th, 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR 3 Mei (Malaysiaaktif) — Kira-kira 40 ribu penganut ajaran Buddha membanjiri kuil Buddhist Maha Vihara di Brickfields sempena sambutan Hari Wesak pada Ahad.

Hari yang cukup istimewa ini dirai sempena tiga peristiwa penting yang melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kematian pengasas ajaran Buddha, iaitu Gautama Buddha.

Kuil Buddhist Maha Vihara yang berusia 120 tahun itu merupakan kuil Buddha tertua di Malaysia. Ia antara tumpuan utama para penganut ajaran Buddha di ibu kota.

Mereka berkunjung untuk memberikan penghormatan kepada Buddha, yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha, seperti patung Buddha, pokok Bodhi dan Pagoda.

Mereka turut bersembahyang dan mendapatkan restu daripada Sami-Sami Budhha, selain beratur untuk meletakkan lilin sebagai tanda restu sempena Hari Wesak yang dirai dalam bulan Mei pada waktu bulan purnama.

Penganut juga melafazkan semula Tisarana, iaitu perlindungan Buddha, Dhamma dan Sangha untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha.

Antara acara lain pada hari Wesak kali ini, termasuk program menderma darah dan ikrar menderma organ tubuh.

Para pelancong turut tidak melepaskan peluang bagi merasai pengalaman merayakan Hari Wesak yang disambut diseluruh dunia.

Tinggalkan komen anda