Skip to main content
Home

Seramai 49, 334 (69%) orang mengundi setakat 4 petang

By 7 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

PERMATANG PAUH, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Menjelang tengah hari Khamis sebanyak 42.93 peratus atau 30,865 orang pengundi telah menunaikan tanggungjawab demokratik mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah yang keluar mengundi agak berkurangan  berbanding PRK Rompin pada Selasa.

“Buat waktu ini keadaan dikira masih ‘sihat’ sekiranya berterusan dengan 10 peratus hingga 11 peratus setiap jam.

“Kami bimbang berlaku pengurangan menjelang tengah hari, tetapi, namun demikian SPR masih menyasarkan 80 peratus keluar mengundi.

“Kami mengharapkan keputusan dapat diumumkan pada pukul 9 malam,” katanya.

Menurut Abdul Aziz para penyokong parti di kawasan tersebut lebih agresif berbanding Rompin.

Beliau menyebut beberapa kejadian di mana para penyokong bukan sekadar mencemuh, malahan membaling kerusi di antara sama lain.

1.00 tengah hari : 49.73% atau 35, 752 orang pengundi telah mengundi.

Beberapa jalan raya  menghala pusat-pusat mengundi kelihatan sesak kerana pengundi mengambil kesempatan waktu makan tengah hari untuk mengundi.

3.00 petang : 63.06 % telah mengundi (45, 333 orang).

4.00 petang: 69 % (49,334 orang)

5.00 petang: Kesemua 25 buah pusat mengundi ditutup.

 

 

Tinggalkan komen anda