Skip to main content
HomeViral

11 Disahkan Maut, Lapan Masih Hilang di Gunung Kinabalu

By 6 Jun 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

KUNDASANG, 6 Jun (Malaysiaaktif) — Menurut wakil Malaysiaaktif, Wolis Juinik yang mengikuti perkembangan Operasi Kinabalu hari ini, setakat lewat pagi 11 orang pendaki disahkan maut, dua semalam, sembilan mayat baharu ditemui.

20150605235100

Pasukan penyelamat dalam Operasi Kinabalu.

20150605235101 (1)

Antara mayat pendaki yang di bawa turun dari Gunung Kinabalu.

20150605235100 (1)

Lagi mayat yang dibawa turun pasukan penyelamat Ops Kinabalu.

 

Sementara itu, menurut laporan daripada Pejabat Penerangan Negeri Sabah yang turut membuat liputan di Pusat Media operasi berkenaan, seramai lapan orang masih hilang.

Usaha membawa turun mayat sedang diusahakan, tetapi masih bergantung kepada keadaan cuaca di pergunungan yang pagi tadi masih berkabus tebal.

Kesemua mayat belum dikenal pasti  dan ketika laporan diterima, pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersiap sedia untuk menjalan proses pengenalan.

Pada satu sidang media pukul 11.50 pagi tadi, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Pairin Kitingan melahirkan rasa kecewa perbuatan kumpulan pendaki dari Eropah yang dilaporkan berkelakuan tidak senonoh di atas gunung itu tempoh hari.

Beliau mahukan supaya kesemua yang terlibat dihadapkan ke Mahkamah Adat Anak Negeri kerana melanggar tata susila adat nenek moyang yang menganggap Gunung Kinabalu tempat suci bagi masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM)

Pairin juga menyebut bahawa ritual adat dahulu yang diamalkan sejak turun temurun masih diteruskan sebelum memulakan pendakian sebagai usaha menjamin keselamatan.

Beliau berkata upacara perdamaian dengan ‘penunggu nabalu’ akan diadakan secepat mungkin dan saranan tersebut dipersetujui Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun,  yang turut berada pada sidang media tersebut.

Gunung Kinabalu ditutup selama tiga bulan untuk kerja-kerja baik pulih.

 

Tinggalkan komen anda