Skip to main content
HomeViral

Kediaman 50 Orang Asli Di Mersing Dirobohkan

By 4 Jun 2015Tiada komen3 minit bacaan

 

MERSING, 4 Jun – Tujuh keluarga orang asli kehilangan tempat tinggal apabila sekumpulan kira-kira 100 pegawai penguat kuasa bertindak merobohkan lapan buah rumah kayu di Hutan Simpan Gunung Arong di Kampung Batu 10 pada Selasa.

Berikutan tindakan itu, 50 orang daripada keturunan suku Jakun tiada lagi mempunyai kediaman dan buat masa ini tinggal dalam beberapa buah khemah di tepi jalan.

Wakil penduduk, Awang Rambai, 49, berkata operasi tersebut membabitkan anggota polis dan pegawai perhutanan.

awangrambai

Awang Ramai, Wakil Penduduk.

Beliau berkata, “Mereka memberitahu kami supaya mengeluarkan semua barang dan masuk ke hutan atau mereka akan terus merobohkan rumah kami dan menembak ayam dan anjing kami.”

Menurut Awang, mereka telah tinggal di kawasan tersebut sejak enam tahun lalu dan mendakwa berhak ke atas tanah dan hasil hutan.

“Kami pernah menulis kepada jabatan (berkenaan), Pejabat Menteri Besar dan juga Perdana Menteri, tetapi tidak mendapat jawapan yang wajar,” katanya.

10407164_889356297770060_8669962768825867981_n

Beberapa bulan lalu, pihak berkenaan mengarahkan mereka supaya berpindah ke Kampung Kerpan di Rompin, tetapi mereka enggan kerana tiada sumber pendapatan di sana memandangkan “hutan sudah berkurangan.”

“Di sini saya boleh mengerjakan tanah dan hutan juga berdekatan. Kerajaan memberi sebahagian dari kawasan hutan kepada pembalak dan pelombong, tetapi mengapa mereka tidak membenarkan kami terus tinggal di sini?” Tanya Awang yang dahulunya pernah tinggal di Kota Tinggi di Johor dan Rompin.

Isterinya, Kamisah Alan, 43, berkata dia sedang bersiap untuk memasak apabila pegawai-pegawai penguat kuasa muncul. Menahan sebak, ibu kepada enam orang anak ini mencapai apa sahaja yang sempat sebelum keluar untuk membantu keluarga lain. Ketika itu pegawai-pegawai tersebut mengarahkan mereka keluar.

Siu Begani, yang kehilangan kad pengenalan Orang Kurang Upaya dalam kejadian itu berkata, kini mereka tiada pilihan selain tidur di atas tanah.

Siu yang kehilangan kaki kanannya dalam kemalangan ketika bekerja enam tahun lalu berkata, kebanyakan stok makanan dan kelengkapan anak-anak mereka rosak.

“Dahlah kehidupan kami pun hanya dari sehari ke sehari, sekarang kami kehilangan harta benda. Macam mana kami hendak hidup?” katanya sambil mengalirkan air mata.

Sukarelawan dan penyelidik dasar awam Pusat Kepentingan Orang Asli, Chung Yi Fan berkata kumpulan orang asli itu hanya menduduki satu plot tanah seluas 2 hektar, berbanding kawasan jauh lebih besar yang diberikan kepada pembalak dan pelombong.

“Yang membimbangkan sekarang nasib 20 hingga 30 orang anak orang asli yang bersekolah. Apa akan terjadi kepada mereka?,” tanya beliau.

Beliau berkata campur tangan kerajaan pusat dan kerajaan negeri amat diperlukan dalam hal ini memandangkan ia adalah tanggungjawab mereka.

“Mereka boleh melaksanakan undang-undang, tetapi mereka tidak boleh merobohkan rumah-rumah tersebut dan biarkan orang asli berkenaan terdedah macam ini,” katanya lagi.

Chung berkata pihak berkuasa tidak sepatutnya bertindak sedemikian, kerana sudah menjadi kebiasaan orang asli mendirikan penempatan di kampung yang bukan kawasan mereka.

Katanya, “kumpulan orang asli itu ‘dibuang’ berhampiran sempadan Pahang kira-kira tiga tahun dahulu. Kenapa mereka dilakukan seperti binatang?

Suku kaum Jakun sudah lama tinggal di selatan Pahang, terutama sekitar Rompin dan Pekan, selain utara Johor.

–The Star

 

 

Tinggalkan komen anda