
KUNDASANG, 6 Jun (Malaysiaaktif) — Kerajaan Negeri Sabah petang ini mengisytiharkan Isnin 8 Jun 2015 sebagai hari berkabung dan bendera negeri dikibarkan separuh tiang ekoran tragedi gempa bumi di Ranau pagi semalam.
Sebagai tanda simpati kepada mangsa gempa bumi juga, sambutan Rumah Terbuka Tadau Kaamatan yang dijadualkan di Ranau esok dan bakal dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Tassin ditangguhkan.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata demikian selepas melawat pusat operasi gerakan menyelamat di Taman Kinabalu hari ini.
Ketua Menteri juga melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau untuk melihat kerosakan kepada kuarters guru di sekolah berkenaan.