Skip to main content
HomeViral

Sukan SEA: Emas Ketiga Negara Menerusi Ooi dan Chew

By 6 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

SINGAPURA, 6 Jun — Malaysia menambah pingat emas ketiga buat kontinjen negara di Sukan SEA 2015 daripada pasangan Ooi Tze Liang dan Chew Yi Wei dalam acara 10 meter platform seirama lelaki di Pusat Akuatik OCBC, pada Sabtu.

Tze Liang dan Yi Wei mengumpul mata keseluruhan 404.37, manakala pasangan Indonesia, Andriyan- Putra Adityo Restu memenangi perak.

Pingat gangsa menjadi milik penerjun Thailand, Siriboon Theerapat – Juntaphadawon Yotsawat dengan mengumpul 316.77 mata.

Ia merupakan emas ketiga negara di Sukan SEA 2015.

Terdahulu, Malaysia raih pingat emas kedua kontinjen negara melalui Cheong Jun Hoong melalui acara 3m papan anjal wanita di Pusat Akuatik OCBC, pada Sabtu.

Manakala, seorang lagi atlet terjun negara, Wendy Ng memenangi perak, sementara gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Fong Kay Yian.Jun Hoong meraih emas selepas mengumpul keseluruhan 349.65 mata manakala Wendy 309.20 mata. Kay Yian pula mengumpul 258.90 mata.

–The Star

Tinggalkan komen anda