Skip to main content
HomeViral

Semua Mangsa Gempa Ditemui, 10 Pelajar Sekolah Rendah

By 6 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUNDASANG, 6 Jun – Pegawai-pegawai penyelamat dalam operasi di Gunung Kinabalu berkata, jumlah kematian berikutan gempa bumi pada Jumaat kini mencecah 19 orang, berikutan penemuan 17 mayat di puncak gunung tersebut.

Mereka tidak menjangka penemuan mayat-mayat lain kerana kesemua pendaki yang dilaporkan hilang sudah dapat dipastikan.

Mayat mangsa pertama, Robbie Sapinggi, 31 dan pelajar Singapura berusia 12 tahun, Wee Ying Peony di bawa turun ke kem di Taman Sabah pada petang Jumaat.

Menurut pegawai-pegawai itu, mayat-mayat yang ditemui dinaikkan ke helikopter dan diterbangkan ke Kota Kinabalu.

Mereka berkata tiga daripada mayat-mayat itu diterbangkan ke Hospital Queen Elizabeth pada kira-kira pukul empat petang, sementara mayat-mayat lain dijangka dibawa turun secara berkumpulan.

Pada pukul 4 petang hari ini, Ketua Polis Ranau, Timbalan Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata mereka telah menemui 13 mayat dan usaha mencari enam lagi sedang berjalan.

Di antara yang terbunuh 10 orang pelajar Sekolah Rendah Tanjong Katong di Singapura.

Kewarganegaraan dan identiti mereka yang maut akan diumumkan selepas bedah siasat.

Tinggalkan komen anda