
TUMPAT, 1 Jun – Dalam keadaan berlumuran darah seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun meratapi neneknya yang tidak bergerak setelah motorsikal yang mereka naiki terbabit dalam satu kemalangan di Jambatan Sultan Yahya Petra semalam.
Mohd Ikram Safuan menangis tidak henti-henti sehingga orang ramai datang membantu dan menelefon ambulan.
Neneknya, Faridah Hamid tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat Marzuki Mat mengesahkan kejadian kemalangan itu.
Mohd Ikram cedera di kepala dan neneknya masih di wad kecemasan.
Ketika kemalangan berlaku kedua mereka dalam perjalanan dari Tak Bai ke Kedai Buloh .