Skip to main content
EkonomiHomeViral

AS$1bil Dari IPIC Transaksi Perniagaan, Bukan Pinjaman

By 31 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Malaysiaaktif) — 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjelaskan bayaran US$1 bilion dari International Petroleum Investment Company (IPIC) Abu Dhabi, yang diumumkan pada Jumaat lepas adalah transaksi perniagaan dan bukan satu pinjaman, hutang atau jaminan keluar.Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda dalam satu kenyataan pada Ahad berkata jumlah itu adalah bayaran awal sebagai sebahagian daripada perjanjian yang lebih luas untuk mengendalikan pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti antara IPIC, Aabar dan 1MDB secara menyeluruh.

Menurutnya, maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kemudian.

Pada 29 Mei lepas, Kementerian Kewangan mengumumkan 1MDB memeterai perjanjian ikatan dengan IPIC dan unitnya, Aabar Investments (Aabar), melibatkan pembayaran sebanyak US$1 bilion.

Menurut kenyataan kementerian itu, sebagai sebahagian daripada perjanjian berkenaan, IPIC akan membayar US$1 bilion, pada atau sebelum 4 Jun, 2015, yang akan digunakan untuk membayar semula pinjaman US$975 juta (RM3.5 bilion), lebih awal daripada tarikh akhir, kepada sindiket peminjam bank antarabangsa.

Tinggalkan komen anda